Wednesday, November 25, 2009

Kursus Induksi Kumpulan 1 (gambar dari Bilangan 2 shj) yang diadakan di Regency Hotel Alor Setar bermula 13 Nov - 26 Nov 2009. Bersama dalam gambar ialah Tuan S/Usaha Lembaga, Tn. Hj. Syed Isa Syed Ibrahim dan Pengurus Besar INSPIN Tn Hj Bukhari Abdullah.

Monday, November 9, 2009




Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan Kertas SMRAMM 2009 yang diadakan pada 5 November 2009 di SP Inn Sungai Petani dihadiri oleh 55 orang pemeriksa kertas. Majlis ini disempurnakan oleh Y Bhg Tuan SU LMM.

Wednesday, October 14, 2009


Gambar ini diambil sempena sambutan majlis hari raya anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan Lembaga Maktab Mahmud. Turut hadir dalam majlis ini ialah matan setiausaha LMM En. Zaid Bin Ahmad.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Bahagian Akademik Lembaga Maktab Mahmud mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua warga Maktab Mahmud di seluruh negeri Kedah Darul Aman.

Tuesday, September 15, 2009

PEMGAMBILAN PELAJAR TKT 1 2010

Penjualan borang untuk pengambilan pelajar tingkatan 1 2010 akan dibuka bermula 27 September 2009. Borang yang berharga RM8.00 boleh dibeli dimana-mana Maktab Mahmud di seluruh negeri kedah.

Tarikh tutup permohonan dan penghantaran borang ialah pada 15 Oktober 2009.

Tuesday, June 16, 2009

BULAN BULAN BAHASA ARAB PERINGKAT MAKTAB MAHMUD

Bulan Bahasa Arab Peringkat Maktab Mahmud peringkat pertama telah berlangsung di Maktab Mahmud Kulim pada 16 Jun 2009. Kejohanan ini disertai oleh semua Maktab Mahmud negeri Kedah dan terdiri daripada beberapa kategori pertandingan seperti mengarang, terjemahan dan kuiz.
Berikut adalah antara keputusan yang diperolehi:

Mengarang (Lelaki) - Maktab Mahmud Merbok (1), MM Baling (2) dan MM Alor Setar (3)
Mengarang (perempuan - MM Alor Setar (1), MM Sik (2), MM Pendang (3)

Terjemahan(Lelaki) - MM Pendang (1), MM Pokok Sena (2), MM Bandar Baharu(3)
Terjemahan (Perempuan) - MM Yan (1), MM Bandar Baharu (2), MM Merbok(3)

Kuiz - MM Yan(1), MM Alor Setar(2), MM Bandar Baharu(3)

Wednesday, June 3, 2009

LATIHAN PUSAT KONTIJEN MASSAK KEDAH

Latihan pusat Kontinjen Kedah bagi menghadapi kejohanan sukan sekolah-sekolah agama peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 7 - 11 Jun ini telah diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar.
Latihan bagi semua pasukan yang akan mewakili negeri Kedah telah bermula pada 2 Jun lalu. Syabas dan selamat berjaya diucapkan kepada semua peserta.
Pulun kedah pulun...